Sunday, January 23, 2011

bismillahirrahmanirrahim...
sudah terlalu lama saya tidak menulis apa2 di sini..hari ini saya akan berkongsi sesuatu tntang seseorang..ikuti kisah ini (nama dan watak sebenar dirahsiakan)

ana merupakan seorang pelajar di sebuah universiti pendidikan. dia mempunyai seorang sahabat baik yg bernama nita. hari itu mereka berbincang tentang cuti semester yg tggl beberapa minggu lagi sementara tiket bas pulang ke kampung belum dibeli. dalam sibuk mereka berbincang, tiba2 mereka terlihat satu poster iklan bas catar AMIN yg disertakan sekali nombor telefon utk dihubungi. nita membuat keputusan utk memilih bas tersebut, ana hanya menurutnya sahaja. mereka mendapatkan nombor telefon kak saripah dora dan terus menempahnya. kakak tersebut menerima tempahan mereka.

ana sememangnya seorang yg suka mengadu jika ada sesuatu yg tidak kena. semasa di kampung, ana telah membuat aduan tentang driver bas yg agak tidak menghormati penumpang. mereka membuat bising menyebabkan penumpang tidak dapat tidur. aduan tersebut telah dibuat terus kepada AMIN, tauke besar bas catar yg dinaikinya. di sinilah semuanya bermula...daripada aduan, ana menjadi bertambah rapat dgn amin. tetapi, ketika itu ana hanya menganggap amin sebagai kawan. ana sememangnya suka berkawan dgn amin kerana menganggap 'sekepala' dgnnya. ana berasa selesa berbual dgn amin. tanpa disedari, perasaan kwn td telah berubah kpd perasaan yg menginginkan sebuah perhubungan yg serius. semua berlaku terlalu pantas tanpa dirancang, tanpa diketahui bila dan bagaimana. ana pula ternyata tidak bertepuk sebelah tgn. akhirnya, mereka menjadi lebih dari kawan biasa..

beberapa bulan prtama memang sgt2 indah..tetapi bila semakin lama, perhubungan itu semakin bermasalah. ana pun tidak tahu di mana silapnya...mungkin kerana perbezaan umur yg agk ketara menyebabkan cara berfikir juga berbeza. ana lebih terbuka utk bercerita tentang apa sahaja, drpd sekecil-kecil hal hinggalah sebesar-besar hal. hmm bunyinya mcm ana ni seorg yg kuat mengadu kan? dan sememangnya ya!! tetapi ana hanya menginginkan seorg pendengar dan bukannya penyelesai masalah. org kata, kalau berkongsi akan berkuranglah sedikit bebanan yg dirasa. amin juga pernah berkata pdnya, "xkan nk bersama time sng je, time ssh x sggup". itulah gmbrn perasaan ana pd amin, setiap bnda yg dikatakan amin akn sentiasa diingat. ana sntiasa tertanya-tanya bagaimana pula perasaan amin pdnya. amin jrg sekali menyatakan apa yg dia rasa pd ana kcuali smsa beberapa bln pertama dlu dan tidak perlu dinyatakan kerana dlu tndkn amin juga sdah ckup utk mmbuktikan bhwa amin sememangnya syg pd ana. tetapi skrg, jgnkan pernyataan, perlakuan amin pun sdh tidak dpt dibaca lagi. ana sntiasa berharap agar amin menyatakan ssuatu yg blh dia pegang sbg satu keyakinan yg amin juga mmpunyai harapan yg sma dgn ana. tetapi........

di sebalik semua kepahitan ini, terselit juga sesuatu yg blh ana aggp sbg hikmah. perkenalan dgn amin yg memang sudah ditakdirkan, sedikit demi sedikit sudah berjaya merubah ana menjadi org yg lbih baik berbanding dlu (ditmbah dgn hidayah ALLAH). yg plg ketara ana menjadi seorg yg lebih penyabar dan sudah tidak mempermainkan perasaan org lain. alhamdulillah. mungkin amin juga tidak perasan apa yg telah dia lakukan. jika dlu, ana adalah seorg yg sgt manja, suka merajuk dan tidak blh lgsg jika kemahuannya disekat. perasaan org lain tidak menjadi keutamaannya. tetapi sekarang ana mula belajar utk sabar, sabar dan sabar. kerana apa? kerana sygnya pd amin. sudah terlalu bnyk perkara yg amin lakukan yg sgt menyakitkan hatinya. hari lahair ana, amin lgsg x kisah. perasaan ana apabila melihat dia dan kwn2 perempuannya, amin x ambil peduli..ana sedar terlalu bnyk alasan utk masanya dia lupakan amin dan sudah terlalu bnyk kali dicuba tetapi tidak berjaya..ana kalah dgn perasaannya sdri. dlm doanya ana sntiasa menangis mengadu pd ALLAH betapa lemahnya hambaNYA ini. tetapi ana bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi ana sedikit kekuatan di sebalik kehidupan peribadi yg sgt menyakitkan ini. buktinya ana dapat belajar dgn baik dan berjaya memperoleh kputusan yg memberangsangkan setiap kali exam. alhamdulillah

ana sedar ALLAH itu Maha Mengetahui. jadi dia mengambil keputusan utk mencari jawapan dgn solat istikharah. bukan sekali, bukan dua kali ana meminta petunjuk itu, tetapi berkali-kali dan jawapannya amin masih lagi menjadi keyakinan hatinya!! ya Allah....apakah ini benar2 petunjukMU?? jika begitu mengapa terlalu banyak kesakitan yg perlu dihadapi? adakah ini ujianMU? atau adakah ini hukumanMU utkku yg sudah terlalu bnyk menyakiti hati org lain dan sekarang aku harus membayarnya..ana bermonolog sendirian. ana bingung bagaimana harus dia hadapi..utk bgtahu dilema perasaanya pd amin, amin seperti tidak mngmbil serius. sudahnya, ana hanya mendiamkan diri memendam perasaan dan menganggap seperti tidak ada apa2 berlaku. ana pernah meminta utk berjumpa bersemuka dgn amin utk menyatakan apa yg terbuku di hatinya tetapi amin tidak ada masa utknya. terlalu sibuk, mungkin. itu konklusi ana sdri krna amin tidak pernah memberitahu tentang hidupnya. bukan nk busybody tapi jika ana tahu apa yg berlaku, sudah pasti dia akan lebih memahami kehidupan amin.

ana sentiasa menjaga dirinya, menjaga batas2 pergaulannya dgn kwn2 lelakinya krna dia ingin mempersembahkan sesuatu yg sgt istimewa utk suaminya yg akan diserahkan seluruh jiwa raganya. jika amin yg ALLAH ciptakan utknya, dia ingin amin menjadi lelaki yg brtuah itu. memiliki isteri yg belum pernah dicemari oleh sentuhan ataupun senda gurau lelaki lain. sememangnya harapan itu sentiasa ada. dan semestinya harapan itu tidak datang bersendirian, melainkan ditemani dgn satu keyakinan yg masih blum berubah. tetapi sbg manusia kita tidak tahu apakah akan berlaku wlpn satu saat di hadapan kita. jika ALLAH berkehendakkan yg lain, sbg manusia kita tidak diberi hak utk menolak melainkan menerima dgn redha.

sgt lucu bila amin menanyakan ana knpa ana memilih dia..sgt lucu bila amin mengatakan dia tidak layak utk ana krna ana seorg yg baik sdgkan dia...knp ana pilih dia??satu soalan yg ana sdri sdg menunggu jawapnnya..ana pernah menceritakan kisahnya dlu pd amin. tiada lgsg niat utk membuka aib sdri tetapi semata-mata utk amin sdr bahawa kita blh berubah jika kita nak. kita yg perlu tentukan sama ada nk terus mnjadi seorg yg gagal atau seorg hamba yg kembali pada pencipta dgn fitrah asal.

jadi sekarang, adakah ana seorg yg terlalu mengikut perasaan sdri?? jika begitu, bagaimana dgn perasaannya yg ingin diluahkan tapi tidak mendapat pembelaan sepatutnya?? ana sntiasa berharap agar hari esok lebih baik drpd hari ini. smg perubahan hari esok dpt menebus kekosongan hari ini...bagaimana anda ingin menilai posisi ana? perigi cari timba? bodoh? keterlaluan? sng memaafkan?? mudah ditipu? atau apa lagi kata2 lain yg blum disebutkan di sini..anda sdri menilai. anda punya hak utk menilai tetapi anda LANGSUNG tidak punya hak menghukum!! one thing for sure, ana hanya ingin mencari sedikit keadilan. keadilan yg tidak dia dptkan di alam nyata. tapi di alam maya ini, sekurang-kurangnya sedikit kepuasan dpt dirasa..mungkin smpai di sini sahaja dlu..

wallahua'alam

No comments:

Post a Comment